Ahad, 10 Julai 2011

Mairu No Chie

http://en.wikipedia.org/wiki/Harry_Potter(ade skit2 jer yang len sume wat seniri)

Mairu No Chie

BAB 1

Pada zaman dahulu,terdapat sebuah keluarga yang tinggal di perkampungan Boeikiji.Boeikiji terletak di dalam Pulau Cokoyasyi yang sekarang ini hilang di Lautan Pasifik.Ramai orang berkata bahawa di situ terletaknya “Sea of The Devil”  ataupun dalam bahasa Jepunnya”Ma-No Umi” .Di situ terdapat Segitiga Naga – Dragon’s Triangle (atau dikenali juga sebagai Laut Syaitan) yang letaknya diperairan Jepun iaitu di kepulauan Miyake, Lautan Pasifik, 100km dari Tokyo.
 


BAB 2



Keluarga itu mempunyai wang untuk keperluan hidup sahaja.Ahli keluarganya hanya empat orang.Ketua keluarganya Sayori Sukamura.Isteri bagi Sukamura bernama Nanachi Kasibanya.Anak perempuan Sayori Nadikato dan anak lelaki Sayori Tamokasi.Pada suatu hari,ada sekumpulan kanak-kanak yang membawa sebuah peti harta karun dan di dalamnya terdapat sebiji batu permata yang di panggil “Batu Hikmat”ataupun “Mairu No Chie”.Batu itu boleh menukarkan perak menjadi emas,menghidupkan orang yang telah mati dan menghilangkan sumpahan.



BAB 3


Batu itu asalnya hanyalah sebiji permata yang biasa lalu,seorang ahli sihir pembuat batu yang berasal daripada dunia ahli sihir di London telah menukarkannya menjadi batu hikmat atas arahan Calvin Tennison,guru besar Sekolah Ahli Sihir Nosinnet.

Nosinnet ialah sebuah sekolah berasrama yang dibina dari sebuah istana kota yang terletak di kawasan pergunungan, berhampiran dengan sebuah tasik. Lokasinya tidak diketahui secara terperinci, tetapi melalui buku, kita boleh mengetahui yang Nosinnet berada di bahagian Utara United Kingdom.
Perkarangan Nonsinnet mempunyai gelanggang Itchball yang menjadi tempat tumpuan utama tahunan bagi sukan Itchball antara rumah,tasik, Hutan Larangan, rumah pekerja dan rumah hijau.
Pelajar Nosinnet dibahagikan kepada rumah pasukan masing-masing yang terdiri dari empat rumah iaitu Gryffindor, Hufflepuff, Ravenclaw dan Slytherin.
Pelajar didatangkan ke Nonsinnet dengan sebuah kereta api yang diberi nama Ekspres Nosinnet.Tambahan pula, Penjelmaan Muncul Tiba-tiba tidak boleh digunakan di perkarangan Nosinnet seperti yang tercatat dalam "Sejarah Nosinnet". Walaubagaimanapun, pengangkutan keluar masuk seperti bas disediakan di perkampungan Hogsmeade dan penyapu juga boleh dipakai sebagai kenderaan. Perjalanan sihir seperti penggunaan Serbuk Floo juga turut boleh digunapakai sebagai cara untuk bergerak keluar masuk Nosinnet melalui pendiangan.
Sekolah ini mempunyai jampi yang kuat dalam mengelakkan dari dijumpai oleh Muggle(manusia). Malah, apabila Muggle(manusia) mendekati, Nosinnet hanya kelihatan seperti sebuah tinggalan lama yang mempunyai tanda amaran. Manakala peranti elektronik juga tidak boleh digunakan di sekolah ini kerana terlalu banyak kuasa ajaib di sana.
Staf Nosinnet yang mencorakkan kesinambungan pelajar dan sekolah itu, di mana setiap orang pengajar (atau digelar profesor) mempunyai pengkhususan dan Mata pelajaran Nosinnet masing-masing. Terdapat juga pekerja yang berkhidmat sebagai jururawat, pustakawan, penjaga dan penjaga mergastua. Terdapat juga lebih kurang seratus elf rumah bekerja di dapur Nosinnet yang menjadikan Nosinnet sebagai kediaman yang mempunyai paling ramai elf rumah di Britain.
Ia tidak jelas bagaimana Nosinnet dibiayai. Dikatakan pelajar menanggung belanja pelajaran mereka sendiri. Terdapat juga yang menyatakan bahawa pelajar yang tidak berkemampuan akan diberi bantuan. Pelajaran Muncul Tiba-tiba yang merupakan suatu pelajaran pilihan adalah ditawarkan kepada pelajar tahun enam atau yang berumur tujuh belas tahun dengan bayaran 12 galleon.
Pengurusan pembelajaran dan kelas agak menakjubkan di Nosinnet.Setiap professor akan mengajar satu subjek untuk ketujuh-tujuh tahun (Lima tahun untuk sesetengah pelajaran seperti Peramalan, Arithmansi dan yang lain) dan sekurang-kurang terdapat dua sesi setiap tahun dari tahun ketiga hingga tahun kelima (tahun pertama hingga kelima bagi mata pelajaran teras seperti Posyen, Sejarah Sihir, Transfigurasi,Mantera dan Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam) kerana pelajar Gryffindor sering digabungkan bersama pelajar Slytherin bagi mata pelajaran Posyen atau dengan Hufflepuff bagi Herbologi.
Bagi tahap U.S.S.M, pelajar tahun enam dan tujuh tidak diberi pilihan yang sebegitu. Sekurang-kurangnya, apabila suatu kelas itu berjalan, ia akan mengambil masa lebih kurang satu jam setengah. Jika semua kelas ditakrifkan berjalan selama itu, seorang professor mata pelajaran teras akan mengajar sekurang-kurangnya 36 jam seminggu untuk mana-mana kelas pun jika setiap minggu mereka mengajar dua kali sesuatu kelas dan 90 jam jika mengajar lima kali satu-satu kelas. Profesor bagi mata pelajaran bukan teras pula mengajar di antara 24 hingga 60 jam seminggu. Jika diikutkan, tanpa Pemutar Masa, perkara ini seolah-olah mustahil.
Jawatan pengetua Nosinnet kemudiannya disandang Profesor Minerva McGonagall. Beliau mengambil alih jawatan ini selepas pengetua sebelumnya Calvin Tennison dibunuh oleh Severus Snape di perkarangan sekolah itu. Walau bagaimanapun, keadaan kucar-kacir dalam dunia sihir menyebabkan Lord Voldemort menguasai Kementerian Sihir dan Nonsinet lalu meletakkan Profesor Severus Snape sebagai pengetua Nonsinet yang baru.Calvin Tennison telah dipilih oleh ahli-ahli sihir terdahulu dan menamakan Sekolah Ahli Sihir Nosinnet.

BAB 4

Sekumpulan kanak-kanak itu  ialah pelajar sekolah tersebut.Tetapi batu itu siapa yang menggunakannya ada perjanjian kita hendaklah menyeru roh orang yang membuat batu tersebut dengan menyebut “bara bara subesube mokumoku marbu!” muncullah seorang lelaki yang gagah.Lelaki itu ialah pencari batu permata.Dia telah berjanji dengan Calvin Tennison jika orang menggunakan akan muncul  ribut,laut bergelora dan benua atau pulau tenggelam jika pulau atau benua itu terletak di “Segi Tiga Naga”  atau “Segi Tiga Bermuda”.Itulah yang menyebabkan Bandaraya Antlantik tenggelam.Kanak-kanak itu takut terkena sumpahan,mereka bercadang supaya membuang batu itu.

BAB 5
Anak kepada Sukamura,Tamokasi dan Nadikato terserempak dengan pelajar itu.Pelajar itu memberikan batu permata itu kepada dua beradik itu lalu menceritakan kegunaannya tanpa memberitahu perjanjian itu.Mereka berdua pulang ke rumah memberitahu perkara itu.Ibu bapa mereka bersetuju untuk menggunakan batu permata itu.Mereka tidak tahu tentang perjanjian itu.Mereka sekarang ini menjadi keluarga yang kaya raya. Mereka bersedekah dan membuat perniagaan,dan menghantar Tamokasi dan Nadikato ke sekolah orang kaya-kaya.
Mereka menjadi sebutan ramai di seluruh negara.Sehingga ke pengetahuan Calvin Tennison.Tetapi Calvin lambat terima berita itu.







BAB 6

Ribut melanda seluruh pulau itu,laut pula bergelora,kilat sabung-menyabung dan semua kapal seperti di sedut ke dalam laut.Gempa Bumi  yang dasyat.Air laut berpusing menetang arah jam di lautan hingga terbentuk satu lubang besar lalu menyedut pulau itu dan kapal-kapal yang lalu di perairan itu.Permata itu terapung di udara dan menjadi kilat lalu  menyambar ke perkarangan Nosinnet.Calvin Tennison menyeru pembuat batu itu lalu menyuruh menghancurkan batu itu.Selepas batu itu hancur,laut kembali tenang namun begitu gegaran itu telah mengaktifkan beberapa gunung berapi yang telah mati dan menjadi gunung berapi yang sedang berehat dan boleh meletus bila-bila masa sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan