Ahad, 10 Julai 2011

Mairu No Chie

http://en.wikipedia.org/wiki/Harry_Potter(ade skit2 jer yang len sume wat seniri)

Mairu No Chie

BAB 1

Pada zaman dahulu,terdapat sebuah keluarga yang tinggal di perkampungan Boeikiji.Boeikiji terletak di dalam Pulau Cokoyasyi yang sekarang ini hilang di Lautan Pasifik.Ramai orang berkata bahawa di situ terletaknya “Sea of The Devil”  ataupun dalam bahasa Jepunnya”Ma-No Umi” .Di situ terdapat Segitiga Naga – Dragon’s Triangle (atau dikenali juga sebagai Laut Syaitan) yang letaknya diperairan Jepun iaitu di kepulauan Miyake, Lautan Pasifik, 100km dari Tokyo.
 


BAB 2



Keluarga itu mempunyai wang untuk keperluan hidup sahaja.Ahli keluarganya hanya empat orang.Ketua keluarganya Sayori Sukamura.Isteri bagi Sukamura bernama Nanachi Kasibanya.Anak perempuan Sayori Nadikato dan anak lelaki Sayori Tamokasi.Pada suatu hari,ada sekumpulan kanak-kanak yang membawa sebuah peti harta karun dan di dalamnya terdapat sebiji batu permata yang di panggil “Batu Hikmat”ataupun “Mairu No Chie”.Batu itu boleh menukarkan perak menjadi emas,menghidupkan orang yang telah mati dan menghilangkan sumpahan.



BAB 3


Batu itu asalnya hanyalah sebiji permata yang biasa lalu,seorang ahli sihir pembuat batu yang berasal daripada dunia ahli sihir di London telah menukarkannya menjadi batu hikmat atas arahan Calvin Tennison,guru besar Sekolah Ahli Sihir Nosinnet.

Nosinnet ialah sebuah sekolah berasrama yang dibina dari sebuah istana kota yang terletak di kawasan pergunungan, berhampiran dengan sebuah tasik. Lokasinya tidak diketahui secara terperinci, tetapi melalui buku, kita boleh mengetahui yang Nosinnet berada di bahagian Utara United Kingdom.
Perkarangan Nonsinnet mempunyai gelanggang Itchball yang menjadi tempat tumpuan utama tahunan bagi sukan Itchball antara rumah,tasik, Hutan Larangan, rumah pekerja dan rumah hijau.
Pelajar Nosinnet dibahagikan kepada rumah pasukan masing-masing yang terdiri dari empat rumah iaitu Gryffindor, Hufflepuff, Ravenclaw dan Slytherin.
Pelajar didatangkan ke Nonsinnet dengan sebuah kereta api yang diberi nama Ekspres Nosinnet.Tambahan pula, Penjelmaan Muncul Tiba-tiba tidak boleh digunakan di perkarangan Nosinnet seperti yang tercatat dalam "Sejarah Nosinnet". Walaubagaimanapun, pengangkutan keluar masuk seperti bas disediakan di perkampungan Hogsmeade dan penyapu juga boleh dipakai sebagai kenderaan. Perjalanan sihir seperti penggunaan Serbuk Floo juga turut boleh digunapakai sebagai cara untuk bergerak keluar masuk Nosinnet melalui pendiangan.
Sekolah ini mempunyai jampi yang kuat dalam mengelakkan dari dijumpai oleh Muggle(manusia). Malah, apabila Muggle(manusia) mendekati, Nosinnet hanya kelihatan seperti sebuah tinggalan lama yang mempunyai tanda amaran. Manakala peranti elektronik juga tidak boleh digunakan di sekolah ini kerana terlalu banyak kuasa ajaib di sana.
Staf Nosinnet yang mencorakkan kesinambungan pelajar dan sekolah itu, di mana setiap orang pengajar (atau digelar profesor) mempunyai pengkhususan dan Mata pelajaran Nosinnet masing-masing. Terdapat juga pekerja yang berkhidmat sebagai jururawat, pustakawan, penjaga dan penjaga mergastua. Terdapat juga lebih kurang seratus elf rumah bekerja di dapur Nosinnet yang menjadikan Nosinnet sebagai kediaman yang mempunyai paling ramai elf rumah di Britain.
Ia tidak jelas bagaimana Nosinnet dibiayai. Dikatakan pelajar menanggung belanja pelajaran mereka sendiri. Terdapat juga yang menyatakan bahawa pelajar yang tidak berkemampuan akan diberi bantuan. Pelajaran Muncul Tiba-tiba yang merupakan suatu pelajaran pilihan adalah ditawarkan kepada pelajar tahun enam atau yang berumur tujuh belas tahun dengan bayaran 12 galleon.
Pengurusan pembelajaran dan kelas agak menakjubkan di Nosinnet.Setiap professor akan mengajar satu subjek untuk ketujuh-tujuh tahun (Lima tahun untuk sesetengah pelajaran seperti Peramalan, Arithmansi dan yang lain) dan sekurang-kurang terdapat dua sesi setiap tahun dari tahun ketiga hingga tahun kelima (tahun pertama hingga kelima bagi mata pelajaran teras seperti Posyen, Sejarah Sihir, Transfigurasi,Mantera dan Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam) kerana pelajar Gryffindor sering digabungkan bersama pelajar Slytherin bagi mata pelajaran Posyen atau dengan Hufflepuff bagi Herbologi.
Bagi tahap U.S.S.M, pelajar tahun enam dan tujuh tidak diberi pilihan yang sebegitu. Sekurang-kurangnya, apabila suatu kelas itu berjalan, ia akan mengambil masa lebih kurang satu jam setengah. Jika semua kelas ditakrifkan berjalan selama itu, seorang professor mata pelajaran teras akan mengajar sekurang-kurangnya 36 jam seminggu untuk mana-mana kelas pun jika setiap minggu mereka mengajar dua kali sesuatu kelas dan 90 jam jika mengajar lima kali satu-satu kelas. Profesor bagi mata pelajaran bukan teras pula mengajar di antara 24 hingga 60 jam seminggu. Jika diikutkan, tanpa Pemutar Masa, perkara ini seolah-olah mustahil.
Jawatan pengetua Nosinnet kemudiannya disandang Profesor Minerva McGonagall. Beliau mengambil alih jawatan ini selepas pengetua sebelumnya Calvin Tennison dibunuh oleh Severus Snape di perkarangan sekolah itu. Walau bagaimanapun, keadaan kucar-kacir dalam dunia sihir menyebabkan Lord Voldemort menguasai Kementerian Sihir dan Nonsinet lalu meletakkan Profesor Severus Snape sebagai pengetua Nonsinet yang baru.Calvin Tennison telah dipilih oleh ahli-ahli sihir terdahulu dan menamakan Sekolah Ahli Sihir Nosinnet.

BAB 4

Sekumpulan kanak-kanak itu  ialah pelajar sekolah tersebut.Tetapi batu itu siapa yang menggunakannya ada perjanjian kita hendaklah menyeru roh orang yang membuat batu tersebut dengan menyebut “bara bara subesube mokumoku marbu!” muncullah seorang lelaki yang gagah.Lelaki itu ialah pencari batu permata.Dia telah berjanji dengan Calvin Tennison jika orang menggunakan akan muncul  ribut,laut bergelora dan benua atau pulau tenggelam jika pulau atau benua itu terletak di “Segi Tiga Naga”  atau “Segi Tiga Bermuda”.Itulah yang menyebabkan Bandaraya Antlantik tenggelam.Kanak-kanak itu takut terkena sumpahan,mereka bercadang supaya membuang batu itu.

BAB 5
Anak kepada Sukamura,Tamokasi dan Nadikato terserempak dengan pelajar itu.Pelajar itu memberikan batu permata itu kepada dua beradik itu lalu menceritakan kegunaannya tanpa memberitahu perjanjian itu.Mereka berdua pulang ke rumah memberitahu perkara itu.Ibu bapa mereka bersetuju untuk menggunakan batu permata itu.Mereka tidak tahu tentang perjanjian itu.Mereka sekarang ini menjadi keluarga yang kaya raya. Mereka bersedekah dan membuat perniagaan,dan menghantar Tamokasi dan Nadikato ke sekolah orang kaya-kaya.
Mereka menjadi sebutan ramai di seluruh negara.Sehingga ke pengetahuan Calvin Tennison.Tetapi Calvin lambat terima berita itu.







BAB 6

Ribut melanda seluruh pulau itu,laut pula bergelora,kilat sabung-menyabung dan semua kapal seperti di sedut ke dalam laut.Gempa Bumi  yang dasyat.Air laut berpusing menetang arah jam di lautan hingga terbentuk satu lubang besar lalu menyedut pulau itu dan kapal-kapal yang lalu di perairan itu.Permata itu terapung di udara dan menjadi kilat lalu  menyambar ke perkarangan Nosinnet.Calvin Tennison menyeru pembuat batu itu lalu menyuruh menghancurkan batu itu.Selepas batu itu hancur,laut kembali tenang namun begitu gegaran itu telah mengaktifkan beberapa gunung berapi yang telah mati dan menjadi gunung berapi yang sedang berehat dan boleh meletus bila-bila masa sahaja.

Jumaat, 8 Julai 2011

乌鸦喝水

zoom a

有一天,天气很炎热,一只口渴的乌鸦飞来飞去找水喝。

      乌鸦四处寻找水源。乌鸦飞过村庄和田野,却怎么也找不到。 但是,乌鸦不放弃,它继续飞,继续找。最后,它看见一个水瓶。


      乌鸦飞到水瓶旁边停了下来。它往水瓶里看,看到里面有水。 “感谢天,瓶里有水,我不会渴死了。可是水很浅,我该怎么办?”乌鸦说。

      “这水瓶的颈很长,我的啄却很短。我要怎样才能喝到水呢?”乌鸦心想。 乌鸦站在水瓶旁边想了很久,最后,它想到了一个办法。乌鸦立刻飞去找石头。

      乌鸦把石头一个接一个的丢下去,瓶里的水也逐渐上升,水终于升到瓶口。 最后,乌鸦喝到水了,它尽情地喝个痛快。

      这就是一只有耐性的乌鸦的故事。乌鸦从不放弃,它一直努力去争取成功。道德价值 

      不管面对什么事情,我们不要因为小小挫折而放弃,只要我们继续努力,一定会有成功的一天。

Badang,The Strong and MIghty

zoom a

 A long, long time ago, there was a farmer named Badang.

      Badang cut and cleared the jungle to turn it into paddy field.

During his free time, Badang would set traps in the river to catch fish. The fish would be roasted for food.

      One evening, Badang went to the river to check on his trap. His trap had no fish instead for some fish bones. There were also fish bones on the river bank.

Badang was curious. Who could have eaten the fish in his trap? Badang wanted to know who had lifted his trap?

      The following, Badang hid himself behind a tree. He wanted the fish thief.

      Suddenly, there came a dark figure. Its hair and white beard was down to its breast.

 Badang, braved himself. Badang caught hold of the figure. Badang wanted to kill the figure.

      The figure asked for forgiveness. In return, it promised to give something to Badang.

      Badang asked the figure to make him strong and mighty.

 The figure told Badang to eat its vomit. Badang agreed. The figure quickly vomitted on a yam leaf.

      Badang ate the vomit until it was finished. Later, Badang tried to push a tree which was near him. Effortlessly the big tree fell down.

Badang was very happy. Badang then freed the figure. The figure told him that it came to help Badang.

      Badang became a strong and mighty man. Badang did not need an axe to cut down trees.

      Since then, Badang became more hardworking and soon became a rich farmer.

Syair Kelebihan Ilmu



Ilmu itulah gemala sakti,
Sinarnya cerah cahaya sejati,
Asal puncanya lamun didapati,
Sukar bercerai sehingga mati.

Harganya tidak dapat dinilaikan,
Sebuah dunia belinya bukan,
Kuasanya besar sukat digunakan,
Di laut di darat di rimba di pekan.

Masa seorang ialah taulan,
Teman berbeka suluh berjalan,
Masa berhimpun ia pengenalan,
Hias penyata polan si polan.

Bagi yang duka ia penghibur,
Ia penerang bagi yang kabur,
Ialah kandil di dalam kubur,
Lamun dengannya beramal subur.

Ia penerang jalan ke syurga,
Ia pemuas tekak yang dahaga,
Ialah sungai ialah telaga,
Laut yang luas ialah juga.

Ialah alat sangat berguna,
Idaman orang yang bijaksana,
Hamparnya luas amat saujana,
Tepinya ajal sempadannya fana

Angsa Telur Emas

http://my13.zoom-a.
 Pada zaman dahulu ada seorang pemuda, namanya Busu. Busu tinggal bersama-sama dengan neneknya. Ayah dan ibu Busu sudah meninggal dunia sejak Busu dilahirkan.

      Busu bersama-sama neneknya tinggal di sebuah pondok kecil di tepi sungai, jauh dari kampung. Oleh sebab hidup Busu miskin, dia dan neneknya dihina orang.

      Nenek Busu sudah terlalu tua. Dia tidak larat lagi berkerja kuat. Untuk menyara hidup, nenek Busu mengutip pucuk paku. Pucuk-pucuk lain pun ada juga bercampur aduk. Semua jenis pucuk yang dikutip dijual di pekan.

      Busu berumur dua puluh tahun. Tenaganya kuat. Oleh sebab itu, Busu bekerja keras untuk membantu neneknya. Kerja Busu mencari dan memotong kayu api. Kayu api laku dijual. Penduduk pekan suka membeli kayu api untuk kegunaan memasak.

      Setiap hari, Busu pergi ke hutan mencari kayu. Kadang-kadang Busu membawa balik buah salak dan buah keranji. Buah-buahan hutan ini juga laku dijual. Pendek kata, Busu membuat apa sahaja kerja, asalkan dapat wang.

      Setiap hari apabila Busu hendak pergi mencari kayu, dia membawa bekal. Biasanya, ubi kayu rebus dan sebalang (sebotol) air masak. Busu mempunyai dua orang kawan. Seorang bernama Yatim dan seorang lagi bernama Dali.
 Mereka selalu bersama masuk ke hutan. Namun, Yatim dan Dali berbeza perangainya dengan Busu.

      Busu bersifat pemurah, baik hati, dan menghormati orang tua. Yatim agak bengis dan mempunyai perangai hasad dengki. Dali pula degil dan kedekut. Namun, Busu boleh berkawan dengan mereka kerana Busu banyak bertolak ansur dan selalu mengalah.

      Pada suatu hari, mereka berpakat hendak mencari buah keranji. Mereka sudah pastikan pokok keranji yang ingin dipanjat. Buahnya lebat tetapi jauh ke dalam hutan.

      Busu menunggu Yatim dan Dali di tepi hutan. Mereka berjanji  akan bertemu di situ selepas waktu Subuh. Tetapi puas Busu menunggu, Yatim dan Dali tidak muncul-muncul.

      Rupa-rupanya Yatim sudah pergi. Dali mengekori dari belakang. Mereka pergi berasingan. Yatim sengaja pergi berseorangan. Dia ingin mendapatkan lebih banyak buah keranji. Dali juga mempunyai niat yang sama. Masing-masing mempunyai perasaan tamak.

      Yatim berjalan seorang diri. Dia melangkah laju. Dia menoleh ke belakang. Dali tidak kelihatan. Yatim ingin memetik buah keranji banyak-banyak sebelum Busu dan Dali tiba.

      Dalam perjalanan itu, Yatim berhenti di bawah pokok beringin untuk berehat. Di pangkal pokok itu terdapat busut jantan. Yatim duduk di atas busut itu.
 Yatim mengeluarkan bekalan makanan. Dia membawa sebuku roti dan air teh. Sedang dia membuka bekalan, muncul seorang tua meminta makanan. Orang tua itu kelihatan uzur. Rambutnya putih mengerbang. Kain dan bajunya amat buruk.

      "Berikan nenek sedikit makanan, cucu. Nenek lapar," orang tua itu menghulurkan tangan.

      Yatim terperanjat melihat orang tua itu. Dia merenung orang tua itu dengan perasaan benci. Yatim tidak sedikit pun berasa kasihan.

      "Tidak boleh. Aku pun tidak cukup," jawab Yatim dengan keras. Dia terus makan dengan lahapnya.

      Orang tua itu pergi dari situ dengan hampa. Langkahnya lemah longlai. Yatim tidak pun memandang pemergian orang tua itu. Lepas makan, Yatim meninggalkan tempat itu dengan segera.

      Tidak lama kemudian muncul Dali. Dali juga singgah membuka bekalan di bawah pokok itu. Orang tua itu tiba-tiba muncul meminta makanan Dali. Dali membawa ubi keledek rebus. Dali juga enggan memberikan makanannya kepada orang tua itu.

      Dali meninggalkan tempat itu ketika orang tua itu masih merayu-rayu minta ubi keledek. Dali melangkah laju tanpa mempedulikan rayuan orang tua itu.
Orang tua itu masih berdiri di situ terketar-ketar. Matanya sayu memandang Dali yang sudah jauh dari situ.

      Ketika orang tua itu masih berdiri, muncul Busu. Busu terperanjat melihat ada seorang tua perempuan berdiri di situ. Busu melalui jalan agak jauh dari situ.

      "Cucu! Mari sini. Kenapa ikut jalan itu?" orang tua itu menegur Busu sambil mengajak Busu mendekatinya.

      "Nenek lapar. Cucu ada membawa makanan? Kalau ada, berilah nenek sedikit," rayu orang tua itu apabila Busu mendekatinya.

      "Ada, kalau nenek sudi," jawab Busu.

      Busu duduk lalu membuka bekalannya. Kebetulan dia pun sudah berasa lapar dan dahaga. Dia menghulurkan seketul ubi rebus kepada orang tua itu. Orang tua itu menyambut dan menyuap ke mulutnya dengan lahap. Busu memberikan pula air minum kepada orang tua itu.

      "Cucu sungguh baik hati. Sebelum cucu tiba, ada dua orang melalui tempat ini. Nenek cuba meminta makanan, tetapi mereka tidak beri," kata orang tua itu.

      Busu tahu siapa mereka.

      "Rupa-rupanya Yatim dan Dali meninggalkan aku," bisik Busu.
 Apabila makanan itu habis, orang tua itu tiba-tiba hilang. Busu terpinga-pinga. Dia mencari-cari dan memanggil orang tua itu, tetapi tidak berjawab.

      "Orang atau hantu?" bisik Busu agak cemas.

      Busu cepat-cepat membungkus baki ubi kayu rebusnya. Ketika dia hendak melangkah, orang tua itu tiba-tiba menjelma semula di hadapannya. Dia mendukung seekor angsa. Angsa itu besar dan cantik. Bulunya berkilau-kilau seperti emas.

      "Nah, ambil angsa ini dan bawa balik! Cucu akan tahu tuah angsa ini apabila cucu memeliharanya. Jagalah baik-baik!" pesan orang tua itu sambil menghulurkan angsa kepada Busu.

      Busu mendukung angsa itu. Busu rasa bulu angsa itu amat lembut. Baunya harum seperti bunga melur.

      "Hari ini tidak payah cari kayu api. Bawa pulang angsa ini dengan segera," kata orang tua itu. Dia terus menghilangkan diri.

      Busu terpegun dan hairan dengan kejadian itu. Dia seperti bermimpi. Dia masih tidak percaya dengan kejadian itu.

      Busu tertanya-tanya dari mana nenek tua itu datang? Siapakah dia? Kenapa angsa itu diberikan kepadanya? Banyak pertanyaan Busu tidak terjawab.
 Busu tidak jadi cari kayu api. Dia berpatah balik. Apabila sampai di rumah, Busu memberitahu kisah itu kepada neneknya. Nenek Busu juga berasa hairan.

      "Ini semua takdir Tuhan. Kita tunggulah apa yang akan terjadi selepas ini," kata neneknya.

      Busu melepaskan angsa itu di ruang dapur. Angsa itu tidak dikurung. Setelah menyediakan makanan untuk angsa itu, Busu dan neneknya tidur.

      Pagi esok, nenek Busu bangun tidur lebih awal. Selepas menunaikan solat subuh, nenek Busu pergi ke dapur untuk menjerang air dan merebus ubi. Dia terkejut apabila terlihat bilik dapurnya bercahaya.

      Cahaya itu berwarna kekuningan. Cahaya itu terang. Cahaya itu datang dari suatu penjuru. Bersinar-sinar seperti ada sesuatu di situ.

      Nenek Busu merenung cahaya itu. Rupa-rupanya cahaya itu datang dari sebiji telur. Angsa Busu berdiri berhampiran telur itu.

      "Telur emas! Besarnya!" ujar nenek Busu kehairanan. Dia mengangkat telur itu sambil melihat dan memusingkan telur itu di atas tapak tangannya.
 Busu juga bangun melihat telur itu apabila dikejutkan oleh neneknya. Busu memegang telur itu.

      "Berat! Ini telur emas. Tentu angsa ini yang bertelur," kata Busu.

      "Boleh jadi! Ini rezeki daripada Tuhan. Siapa sangka?" kata nenek Busu.
           
      Dengan suruhan neneknya, Busu menjual telur itu di pekan. Telur itu dibayar dengan harga yang sangat lumayan oleh tukang emas.

      Sejak itu, Busu dan neneknya menjadi kaya-raya. Mereka membina rumah besar. Busu dan neneknya tidak susah lagi. Orang kampung mulai menghormati Busu. Rumahnya selalu dikunjungi ramai.

      Nenek Busu juga bermurah hati. Busu dan neneknya banyak menolong orang kampung yang meminta bantuan. Banyak orang ditolongnya. Sejak itu, orang kampung itu tidak susah lagi. Tidak ada lagi orang yang menghadapi masalah kebuluran.

      Rezeki Busu dan neneknya melimpah-limpah. Yatim dan Dali juga ditolong oleh Busu. Mereka menjadi kawan karib Busu. Sikap Yatim dan Dali juga sudah berubah. Yatim dan Dali amat menyesal dengan sikap mereka terhadap orang tua tempoh hari.
  Pada suatu hari, raja yang memerintah negeri itu mengadakan pesta tahunan. Rakyat berpesta selama tujuh hari tujuh malam. Berbagai-bagai jenis pertunjukan kebudayaan diadakan sepanjang pesta itu. Antaranya ialah pertandingan ternakan segar dan cantik.

      Rakyat negeri itu membawa berbagai-bagai jenis ternakan untuk bertanding. Kawasan pertandingan ternakan penuh dengan haiwan. Ayam, itik, kerbau, lembu, angsa, kuda, dan bermacam-macam lagi.

      Orang kampung Busu juga ikut membawa ternakan. Yatim membawa anak beruk. Dali membawa musang. Masing-masing mengharapkan kemenangan dan mendapat hadiah.

      Busu juga didesak oleh Yatim dan Dali membawa angsanya ke pertandingan itu.

      "Engkau mesti menang. Angsa engkau cantik. Tidak ada tandingnya," kata Yatim.

      Akhirnya, Busu mengikut desakan Yatim. Dia mengelek angsanya ke tempat pertandingan. Yatim dan Dali menemani Busu. Busu mengenakan sepasang pakaian cantik hari itu. Begitu juga dengan Yatim dan Dali.

      Mereka berjalan beriringan. Busu diapit oleh Yatim dan Dali, kiri dan kanan. Mereka pergi ke gelanggang pertandingan.
  Dalam perjalanan ke tempat pertandingan, mereka melalui istana raja. Biasanya, raja dan puterinya berdiri di tingkap atas istana untuk melihat rakyat jelata. Dari tingkap itu, baginda dapat melihat dengan jelas gelagat rakyatnya.

      Raja sengaja berdiri bersama-sama dengan puterinya di situ. Tujuan baginda ialah untuk menghiburkan hati puterinya. Puteri raja negeri itu mempunyai suatu penyakit aneh. Puteri itu tidak pernah tersenyum sejak dilahirkan. Sudah dua puluh tahun usia puteri itu tetapi dia tidak pernah tersenyum.

      Ayahandanya amat berdukacita dengan penyakit puteri. Habis bomoh dan pawang dipanggil merawat tetapi penyakit tuan puteri tidak berubah. Dia tetap tidak mengukir senyuman.

      Akhirnya raja mengeluarkan tawaran, sesiapa yang berjaya membuat puteri itu tersenyum akan menjadi menantunya. Ramai anak raja dan anak pembesar dari negeri lain datang mencuba. Namun, semuanya gagal.

      Itulah sebabnya raja mengadakan pesta setiap bulan untuk menghiburkan puterinya.

      Hari itu seperti biasa, puteri raja bersemayam sambil menonton berbagai-bagai persembahan dari atas istana.
   Kemunculan Busu dengan angsanya menarik perhatian orang ramai. Mereka tertarik dengan kecantikan angsa itu. Bulunya bersinar-sinar seperti emas. Ramai orang mendekati Busu lalu menjamah badan angsa itu.

      Sesuatu yang aneh berlaku. Sesiapa yang menjamah bulu angsa, tangannya melekat di badan angsa. Orang lain yang melihat keadaan itu ketawa. Mereka mengekori orang yang melekat di badan angsa. Mereka cuba menjamah, namun mereka juga melekat.

      Seorang demi seorang yang cuba menjamah badan angsa itu melekat. Mereka yang melekat itu berjalan berbaris dalam deretan yang panjang. Deretan itu semakin panjang. Mereka terpaksa mengekori pula badan orang di hadapan.

      Deretan itu akhirnya melalui istana raja. Orang ramai yang berada di hadapan istana ketawa besar apabila melihat kejadian itu. Raja dan pembesar negeri turut geli hati lalu ketawa.

      Puteri raja yang mulanya merenung sahaja ayahnya ketawa, akhirnya ikut tersenyum. Raja terpandang puterinya tersenyum. Baginda cepat-cepat bertitah supaya Busu dan rombongan dijemput ke istana.

      "Orang muda! Angsa apa yang yang kamu bawa sehingga menyebabkan semua orang melekat?" tanya baginda apabila Busu menghadap.
"Ampun tuanku! Patik pun tidak menyangka angsa ini akan menyebabkan semua orang jadi melekat. Patik hanya datang untuk menyertai pertandingan," jawab Busu.

      Busu seterus mencerita asal-usul angsa itu. Dia juga menceritakan hidupnya telah berubah sejak menemui angsa itu. Baginda mendengar cerita itu dengan hairan dan penuh minat.

      "Oleh sebab beta telah berjanji akan mengahwinkan puteri beta dengan sesiapa yang berjaya membuatnya senyum, maka kamulah yang layak jadi menantu beta," titah raja.

      Busu tidak boleh menolak perintah raja. Musuh jangan dicari. Rezeki jangan ditolak.

      Akhirnya, Busu menemui jodohnya dengan puteri raja. Busu menerima kurnia sebagai raja muda negeri itu.

           Pisang setandan masak sesikat,
              Bawa ke hulu dengan perahu;
           Tuah ayam boleh dilihat,
              Tuah manusia siapa tahu?